Bahtera OS BahteraOS Book Appointment
operating system untuk founder

Bina sistem yang betul, bina bisnes yang bertahan & berkembang.

We help businesses become professional — not for appearance, but in how they think, operate, and serve.

Bahtera OS bantu bisnes anda capai kejelasan, bina sistem yang kukuh, bangunkan pasukan yang cekap, dan guna teknologi dengan bijak.

Konsultasi PERCUMA sehingga 2027 · termasuk OS Mapping ringkas

~/untuk-siapa

Ini untuk anda kalau…

Kami bekerja dengan owner-run service business — consultant, agency, educator, dan seumpamanya — yang dah ada pelanggan & staf, tapi struktur, delegation, dan hala tuju masih bergantung pada anda.

Anda ada pelanggan tetap — tapi anda yang jawab semua, uruskan semua.

Ada staf — tapi mereka tunggu arahan anda sebelum bergerak.

Struktur, model resources, dan hala tuju belum kemas atau tak konsisten.

Kalau anda mengangguk pada mana-mana — itu tandanya kami boleh bantu.

~/apa-kami-selesaikan

Kami selesaikan masalah struktur — bukan sekadar pasang tools.

Bila bisnes tersekat, biasanya ia tersekat di salah satu dari tiga tempat ini. Kerja kami bermula dengan mengenal pasti yang mana.

01 · Strategy

Arah & keputusan

Ke mana bisnes ini pergi?

Positioning, hala tuju, dan keputusan besar yang menentukan ke mana anda bergerak — supaya usaha harian ada arah, bukan bergerak rawak.

02 · System

Struktur & delegation

Boleh ke kerja bergerak tanpa anda?

Struktur, aliran kerja, SOP, dan tools yang betul — supaya kerja terdelegasi dan bisnes tak lagi bergantung pada anda seorang.

03 · Economics

Resources

Ada cukup bahan bakar, di tempat betul?

Macam mana anda dapat, urus, dan agih resources — termasuk model untuk mendapatkan bahan bakar yang bisnes anda perlukan.

cara kami kerja
Map Diagnose Design Deliver
MapKami petakan sistem bisnes anda — fungsi, aliran kerja, dan siapa buat apa.
DiagnoseKenal pasti di mana ia tersekat, kerja berulang, dan titik yang buat anda terikat.
DesignReka pelan sistem — SOP, titik automasi, dan tools yang betul untuk bisnes anda.
DeliverBina, pasang, dan latih staf sampai sistem betul-betul jalan tanpa anda.
~/services

Bila sistem dah jelas, ini yang kami bina.

Lepas kami petakan struktur, delegation & resources anda, kami bina benda yang buat ia jalan — tanpa jargon.

01

Website Profesional

Website yang laju, kemas, dan buat customer terus percaya bisnes anda — bukan template murah.

Ready sekarang
02

Automasi Operasi

Buang kerja berulang yang makan masa staf. Contohnya sistem appointment automatik — borang, team, CRM, dan kalendar bergerak sendiri tanpa urus manual.

Ready sekarang
03

Custom Automation

Ada kerja berulang yang lain? Kita bincang dalam call percuma. Kalau boleh, kami cuba siap dalam seminggu — kalau tak boleh, kami terus terang maklum awal.

Ikut keperluan
~/konsultasi-percuma

Satu call percuma. Anda bawa masalah, kami bedah siasat.

Tak perlu bayar apa-apa. Sekurang-kurangnya anda balik dengan gambaran jelas apa nak dibaiki dulu.

Free Consultation
Percuma · sehingga 2027
  • 01

    Bedah siasat masalah

    Kami dengar isu anda dan asingkan ia kepada tiga kategori, supaya anda tahu betul-betul mana satu nak dibaiki dulu.

    StrategySystemEconomic
  • 02

    OS Mapping ringkas

    Kami semak keadaan 5 OS Pillars anda — ada atau tiada, sihat atau tidak. Anda nampak keadaan sistem anda dalam satu sesi, bukan tunggu berbulan.

  • 03

    Yang kami minta

    Cuma satu review yang jujur — kalau anda rasa kami layak. Itu sahaja.

~/os-pillars

5 tiang yang kami semak dalam bisnes anda.

Bisnes yang bersistem berdiri atas 5 tiang ini. Kalau satu goyang, seluruh operasi terasa. Ini yang kami petakan.

01

Information Management

Maklumat bisnes tersusun & senang dicapai — bukan bertaburan dalam kepala anda seorang.

02

System Architecture

Struktur & aliran kerja yang jelas. Setiap benda ada tempat, setiap proses ada langkah.

03

Human Development

Staf tahu peranan & mampu buat kerja dengan yakin, tanpa anda berdiri belakang setiap masa.

04

Operation Rhythm

Rutin operasi yang konsisten — harian, mingguan, bulanan — supaya bisnes bergerak tanpa tersentak.

05

Commitment Management

Janji pada customer dan dalaman dijaga & dijejak, tak tercicir di tengah jalan.

~/kenapa-bahtera

Kenapa kami mula.

Kami pernah kerja di tempat yang tak bersistem. Pekerja bagus, tapi sebab takde sistem, majikan dan pekerja dua-dua terseksa. Dari situ kami buat satu tekad — bantu majikan bina bisnes yang bersistem, supaya pekerja tak dianiaya dan bisnes boleh berkembang sihat. Hampir 5 tahun kami belajar dalam-dalam tentang business, systems, dan organisation — dan sekarang kami praktikkannya.

5 bisnes sedang bina sistem bersama kami sekarang
langkah seterusnya

Jom petakan sistem bisnes anda. Percuma.

Satu sembang WhatsApp cukup untuk mula. Kami dengar dulu, bedah siasat, dan tunjuk apa yang boleh dibaiki & diautomasi — tanpa sebarang caj.

WhatsApp · 017-812 2446 · Malaysia